Soalan Yang Selalu Dibangkitkan

1. Berapa lamakah sebelum saya mendapat tempahan yang saya telah buat?
2. Berapakah kos pengangkutan dengan menggunakan kapal?
3. Bagaimanakah jaket kami dikirimkan?
4. Panel balistik lembut yang manakah anda tawarkan?
5. Apakah tahap perlindungan ballistik yang saya akan dapat?
6. Bagaimanakah perlindungan untuk senapang dan sub-machine gun?
7. Bagaimanakah selesanya jaket kalis peluru anda?
8. Adakah jaket kalis peluru anda juga kalis tikaman?
9. Berapa lamakah tahannya jaket kalis peluru anda?
10. Adakah mungkin untuk mendapat diskaun terhadap tempahan yang besar?
11. Jenis bahan ballistik apakah yang digunakan oleh EnGarde Malaysia ?
12. Adakah anda menjual jaket kalis peluru terpakai atau yang berlebihan stok?
13. Setakat manakah terlindungnya jaket kalis peluru anda yang dikatakan terlindung atau tersembunyi itu?
14. Adakah anda mempunyai senarai harga keseluruhan produk-produk anda?


Soalan 1.
Berapa lamakah masa yang diambil sebelum saya mendapat tempahan yang telah saya buat?
Oleh kerana jaket kalis peluru kami dibuat setelah mendapat tempahan, maka ia selalunya mengambil masa selama 15-20 hari bekerja untuk memproses, mengilang dan mengirim tempahan anda.


Soalan 2.
Berapakah kos pengangkutan dengan menggunakan kapal?
Harga pengangkutan sangat minima dan akan diberi tahu selepas kami menerima tempahan yang telah di-sahkan.


Soalan 3.
Bagaimanakah jaket kami dikirimkan?
Kami mengirimkan jaket kalis peluru kami dengan menggunakan perkhidmatan UPS atau syarikat pengiriman yang lain. Anda akan menerima kod perjalanan bungkusan sebaik sahaja tempahan anda dikirimkan.

Soalan 4.
Panel balistik lembut yang manakah anda tawarkan?
NIJ Taraf II adalah perseimbangan yang baik antara keselesaan, kesembunyian dan ketahanan terhadap rasa trauma.

Soalan 5.
Apakah tahap perlindungan ballistik yang saya akan dapat?
NIJ Taraf II adalah perseimbangan yang baik antara keselesaan, kesembunyian dan ketahanan terhadap rasa trauma.
Tahap 111-A dapat menahan kebanyakan tembakan dari peluru senjata api (hand-gun) seperti dari peluru-peluru magnum berukuran 9mm dan .44mm. Jaket kalis peluru yang bertahap 111 dan IV akan dapat memberi perlindungan dari tembakan machine-gun dan tembakan-tembakan terpantas (high velocity) yang lain.

Sememangnyalah tidak ada jaket kalis peluru yang dapat memberi perlindungan sepenuhnya daripada ancaman senjata api tetapi ianya dapat memberi perlindungan sebaik mungkin dalam sesuatu keadaan. Tahap perlindungan yang lebih rendah adalah kurang menyokong tetapi juga kurang memberi perlindungan.

Tahap 111A adalah disyorkan oleh NIJ untuk pasukan polis. Ini adalah jaket yang dapat diterima berhubung dengan keselamatan, kos dan keupayaannya digunakan sebagai jaket yang terlindung dari pandangan.

Tahap 111 dan IV memerlukan selitan kalis peluru bahan besi yang tebal dan ianya adalah lebih berat dan mahal. Perbezaan penting di antara selitan bertahap 111 dan IV adalah selitan bertahap IV juga memberi perlindungan daripada peluru-peluru yang menembusi besi. Jaket-jaket ini adalah sangat berguna di dalam situasi ancaman dari machine-gun.

Sila rujuk kepada Carta Ujian Ballistik (dalam Bahasa Inggeris) untuk mendapat informasi lanjut mengenai spekulasi-spekulasi perlindungan.


Soalan 6.
Bagaimanakah perlindungan untuk senapang dan sub-machine gun?
Senapang dan sub-machine gun adalah berkebolehan untuk memberi kuasa yang lebih baik di dalam tembakan, maka membuat salutan besi yang lembut tidak berkesan. Jadi kami mengesyorkan penggunaan bahan-bahan salutan besi kalis peluru yang keras yang menaikkan tahap 111A kepada tahap 111 atau IV dihadapan dan belakang.

EnGarde Malaysia menawarkan bahan-bahan selitan yang diperbuat daripada Seramik/Aramid dan DYNEEMA® untuk menutupi bahagian dada dan belakang. Jaket kalis peluru yang lembut hanya memberi perlindungan daripada tembakan pistol dan short-gun.


Soalan 7.
Bagaimanakah selesanya jaket kalis peluru anda?
Jaket kalis peluru kami adalah sangat selesa kerana ianya dibuat mengikut tempahan supaya anda dapat memakainya dengan ukuran yang bersesuaian. Rekaan yang bertambah baik untuk aktiviti keseluruhan dengan menggunakan kejuruteraan badan manusia bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga perlindungan yang selamat bagi nyawa anda sebaik sahaja anda memakai jaket kalis peluru kami. Penggunaan bahan-bahan yang termaju (advanced) seperti DYNEEMA® menambahkan lagi keselesaan memakai jaket kalis peluru kami.


Soalan 8.
Adakah jaket kalis peluru anda juga kalis tikaman?

Jaket DYNEEMA® kami memberi perlindungan anti-tikaman 15 Joules. Di dalam realiti ini bererti jaket kalis peluru memberi perlindungan yang baik daripada kaca yang pecah dan pisau. Cucukan jarum akan menghasilkan jarum tersebut patah dan tidak akan merosakkan jaket dalam kes yang tertentu. Objek-objek yang tajam seperti pemecah ais (ice-picks) walau bagaimanapun dapat menembusi jaket ini tetapi tidak dengan begitu mudah.

Sila klik disini untuk menonton rencana pendek di mana seseorang memakai jaket kalis peluru EnGarde sedang diserang dengan jarum.


Soalan 9.
Berapa lamakah tahannya jaket kalis peluru anda?
Jaket kalis peluru kami dibuat daripada DYNEEMA®, serat (fiber) yang terkuat di dunia. Bahagian yang mengandungi DYNEEMA® ini pasti memberi perlindungan seperti yang disebutkan selama 10 tahun. Ujian telah menunjukkan sungguhpun selepas 10 tahun, kandungan ballistik adalah terjaga dengan baik.

Untuk pakej panel balistik ENGARDEIIIA-PRO, kami menggunakan bahan polyethylene bergelar Dyneema. Untuk pakej balistik yang terbaru, ENGARDEII-ULTRALIGHT kami menggunakan bahan polyethylene bernama Spectra Shield II.


Soalan 10.
Adakah mungkin untuk mendapat diskaun terhadap tempahan yang besar?
Kami bersedia untuk berunding mengenai diskaun untuk tempahan yang lebih dari (100) helai jaket.


Soalan 11.
Jenis bahan ballistik apakah yang digunakan oleh EnGarde Malaysia?
Jaket kalis peluru berlapisan besi adalah dibuat secara saintifik oleh EnGarde dan adalah untuk kegunaan yang luas. Ini telah tercapai dengan menggunakan campuran bahan-bahan yang termaju, memastikan ciri-cirinya bertindak menyokong kriteria prestasi keseluruhan. Keselesaan dan kebolehan penggunaan juga telah diperbaiki dengan menambahkan serat kerang (tactical fiber shell) yang bersaluran udara, kalis air dan angin.

Untuk bahagian-bahagian ballistik kami menggunakan DYNEEMA® serat terkuat di dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai DYNEEMA® sila layari laman web: www.dyneema.com .


Soalan 12.
Adakah anda menjual jaket kalis peluru terpakai atau yang berlebihan stok?
Tidak. Semua jaket kami dibuat setelah mendapat tempahan supaya anda mendapat perlindungan maksima pada setiap masa.


Soalan 13.
Setakat manakah terlindungnya jaket kalis peluru anda yang dikatakan terlindung atau tersembunyi itu?
Jaket kalis peluru kami yang terlindung dibuat bersesuaian dengan tujuannya. Tidak seperti jaket kalis peluru terdahulu, yang berat, jaket kami memberi lapisan yang nipis dengan perlindungan tertinggi. Maka jaket ini adalah amat bersesuaian untuk dipakai dibawah pakaian harian anda.

Jaket terlindung kami adalah pilihan yang terbaik untuk pasukan polis, paramedik dan anggota keselamatan yang memerlukan perlindungan yang bertahap tinggi daripada tikaman/ancaman senjata api.


Soalan 14.
Adakah anda mempunyai senarai harga keseluruhan produk-produk anda?
Untuk informasi mengenai harga sila berhubung dengan kami di-talian 603-2116 5603.